underG.Room
aku, kamu & blog...Sekadar berkongsi...
18.8.13
Aku, Me & Myself..
Ahad, 18 ogos 2013..
Ape lagi aku buat dekat sini. Semuanya sudah tiada, kosong. Yang tinggal hanyalah bayang-bayangnya saje. Sedangkan jasadnya sudah dimiliki orang. Ape harus aku lakukan. Aku tak tau samaada hatiku masih lagi dia simpan atau pun sudah dibuang jauh. Aku tahu dan aku sedar memang dari awal-awal lagi aku bersalah. Walaupun hatiku ini masih teringatkan dia, aku tak mampu lagi untuk milikinya. Maafkan aku kerana sakiti hati semua orang. Walaupun ramai yang katakan kisah cinta aku dengan dia macam drama melayu. Mesti aku kuat tengok DVD ni bak kata PAk Jabit. Memang aku ada peluang untuk bersama dengan dia dulu, tapi aku tak pilih semua tu. Yang aku pilih adalah kemahuan orang lain dan aku tak mampu bersuara walaupun ape yang aku mahu adalah dia. Kenapa lidahku kelu pada masa itu? Kenapa aku tak pertahankan ape yang aku mahu? Walaupun aku tahu yang dia betul-betul sayangkan aku dan dia layak untuk menjaga aku tapi kenapa dengan aku pada masa itu. Ape yang aku fikir dan ape yang aku mahu? Aku terlalu ikutkan kata orang lain. Walaupun aku masih berhubung dengan dia tapi aku tak sanggup melukakan hati dia lagi. Aku ingin dia bahagia. Biarlah dia bahagia dengan orang yang dia pilih. Aku yakin yang dia sudah pilih yang terbaik untuk dirinya. Aku doakan semoga dia bahagia dengan orang yang dia pilih...
Aku memohon maaf kepada semua terutama sekali kepada si dia yang banyak menolong dan memberi semangat kepada aku dari mula-mula aku kenal dia sampai sekarang. Maafkan aku semua jika selama ini aku ada kesalahan atau tersilap cakap tersilap tulis dekat blog ini ataupun dimana-mana. Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Blog ini adalah kenangan aku & dia. Jadi, blog ini akan di tutup buat selamanya dan tidak akan ada update lagi selepas ini.
MASIH AKU CINTA
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku,
Takkan ku bisa melupakan mu,
Caramu memanggil nama ku,
Terasa seolah kau masih ada.
Jauh di dalam sanubari ku,
Tak ku relakan pemergianmu,
Namun ku kan selalu doakan mu,
Agar kau takkan terus terluka.
Kau kan temui bahagia,
Walaupun aku tidak bersama,
Jangan kau gusar,
Aku akan selalu ada,
Dari jauh engkau masih ku cinta,
Dari jauh aku masih mencinta.
Takkan pernah ada penggantimu,
Yang mem pertahankan ku sepertimu,
Satu dunia,menentang cinta kita,
Akhirnya kita terpisah jua.
Yang mengenal mu cuma aku,
Tidak ku menyesal mencintaimu,
Yang ku harapkan,
Kau juga mendoakan ku.
P/S : True story of love that i never forget (our love story)
Subscribe to:
Comments (Atom)
